Pages

December 8, 2010

Lotus sertai F1 musim depan

Group Lotus Plc, anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, akan menyertai perlumbaan Formula 1 (F1) musim baru tahun depan menerusi penubuhan pasukan yang dikenali sebagai “Lotus Renault GP”. 

Ia susulan terbentuknya pakatan antara syarikat itu dengan Genii Capital, pemegang saham terbesar Renault F1 Team yang bersaing pada musim ini.

Group Lotus, dalam kenyataannya sebentar tadi, menyatakan ia akan mengambil alih kepentingan majoriti dalam Renault F1 Team daripada Genii Capital dan nama pasukan itu ditukar kepada Lotus Renault GP.


Perkongsian Group Lotus dan Genii Capital itu, katanya, menandakan bermulanya pakatan strategik lebih meluas antara kedua-dua syarikat berkenaan.-bharian.com.my

Unit Proton, Group Lotus beli ekuiti pasukan F1 Renault

 Anak syarikat Proton, Group Lotus Plc akan membeli sebahagian besar kepentingan dalam pasukan F1 Renault yang akan dinamakan semula sebagai pasukan Lotus Renault GP, bermulanya daripada musim Formula 1 2011 dan tahun-tahun seterusnya.

Kenyataan daripada syarikat lumba terkemuka UK hari ini yang mengumumkan pengambilalihan daripada kumpulan pelaburan Genii Capital berpangkalan di Luxembourg itu bagaimanapun tidak menyebut harga dan ekuiti yang diambil alih.


Genii Capital menguasai 75 peratus daripada pasukan F1 Renault.


Bagaimanapun, akhbar Perancis, Le Figaro berkata, Group Lotus akan membeli 25 peratus kepentingan dalam urus niaga berkenaan.


Dengan pengambilalihan itu, Group Lotus akan menjadi penaja utama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


Sebelum ini, pernah dilaporkan yang Renault akan membataskan peranannya dalam musim F1 akan datang kepada hanya sebagai pembekal enjin dan akan menyediakan enjin untuk pasukan Lotus-Renault yang akan dinamakan semula tidak lama lagi.


Kenyataan itu berkata, pengambilalihan itu menandakan kembalinya kejayaan gemilang kerjasama F1 antara Lotus dan Renault dari tahun 1980-an. – Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...