January 1, 2011
Gambar Video Exora sedang terbakar
Kita bukan sahaja perlu berhati-hati semasa memandu malah kita juga perlu berhati-hati semasa tidak memandu. Gambar video di bawah menunjukkan Proton Exora ini terbakar dalam keadaan tidak bergerak.
Pemandunya seorang lelaki berbangsa India dipercayai sedang tidur di dalam Exora itu & dia membiarkan enjin dalam keadaan hidup. Kebakaran berlaku lebih kurang jam 12.30 tengah malam di hadapan kedai mamak di Awana Gelang Patah & video ini sempat diambil oleh Lauser Pyoung yang berada di sana untuk menjamah nasi lemak selepas bermain futsal.
Saya amat kecewa sekali kerana ada ramai orang di sana tetapi tiada siapapun yang cuba untuk memadamkan api, mereka cuma melihat & mengambil video sahaja tanpa cuba menghampiri exora itu untuk meninjau jika ada seseorang di dalamnya.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana kebakaran itu bermula samada terbakar sendiri atau dibakar oleh tangan-tangan syaitan seperti membuang puntung rokok merata-rata. Terima kasih kepada Lauser Pyoung yang menyediakan video di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
ngape polis pun tgk aje?...kat sana x de fire extinguisher ke?
ada polis? x nmpk pun
api tu nyala dari atas jalan. ada minyak bocor atau ada orang letak minyak pastu cucuh api
org bkn takmo tlg tu..takot meletop..nyawa melayang..sapa nak jawab?? kena pulak yg ada anak kecik2..pg tlg kang meletop..mati..sapa nak bela anak2 dia?? yg blh buat call bomba jer la..lg apa?? tlg la tu..
dia pasang fumakilla kot, tkpun isap rokok pastu tertidur
saya rasa hos petrol exora tu bocor....saya pernah mengalami masalah ini dan merupakan kes pertama berlaku di SC Ipoh....nasib baik sedar awal & parts tu pun dah diganti...kalau tak mungkin juga saya mengalami nasib yang sama.
stuju dgn mamat xora & eocm814, api tu mula dr atas jalan
keling tu cuch colok lupa nak padam
Post a Comment