Pages

December 19, 2010

Festival Proton jelajah Malaysia

Jika anda tidak berpeluang melihat kereta terkini keluaran Proton seperti Exora EV & Proton Emas yang dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) baru-baru ini, anda berpeluang untuk melihatnya apabila ia dipamerkan di pameran bergerak Festival Proton sempena ulang tahun Proton yang ke 25. Bagi mereka yang berminat, sila lihat jadual di atas. 

Terdapat 180 orang kakitangan Proton yang terlibat dalam konvoi 60 buah kereta Proton ini termasuk 25 buah kereta dari kelab-kelab Proton. Pentas turut disediakan untuk persembahan konsert daripada artis terkenal seperti Jaclyn Victor, Adibah Nor, Rabbani, Dayang Nurfaizah dan Amy Search. 


Festival itu bermula 18.12.2010 &  ia berlangsung di Ipoh. Saya berpeluang untuk ke pameran ini semalam. Proton juga menjemput anak-anak yatim ke festival ini & dihiburkan oleh clowns serta dihadiahkan bahan-bahan untuk kegunaan sekolah yang akan dibuka januari depan.  Berikut adalah gambar-gambar &video yang saya ambil semalam.



Di bawah ini pula ialah senarai rumah anak-anak yatim yang dijemput.

Ipoh 
Rumah Anak Yatim Budi Mulia, Chemor (25 pax) 
Rumah Anak-Anak Yatim Baitul-Ain, Simpang Pulai (25 pax) 

Alor Setar 
Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin (50 pax) 

Kangar 
Asrama Anak Yatim Al-Islah Mata Air (50 pax) 

Penang 

Maahat Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam (Anak Yatim Darul Tahzib) (50 pax) 

Kota Bharu 
Rumah Anak Yatim / Miskin Kelab Balkis (50 pax) 

Kuala Terengganu 
Asrama Anak Yatim Darul Falah (50 pax) 

Kuantan 
Rumah Anak Yatim Tengku Zanariah (50 pax) 

Batu Pahat 
Rumah Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat (PAKYI) (50 pax) 

Melaka 
Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (50 pax) 

Nilai 
Anak Yatim & Miskin Murah Foundation (50 pax) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...