Pages

October 30, 2010

MyBSN = biar lambat asal selamat




Teruja sungguh saya semalam. Saya yang menerima gaji melalui Bank Simpanan Nasional ( BSN ) seperti biasa pergi ke BSN untuk membayar hutang kad kredit saya & membayar bil air, elektrik, telefon & astro. Semasa sedang berada di kaunter ketika menunggu segala bil-bil saya diselesaikan oleh kerani BSN. Saya telah disapa oleh seorang kerani BSN yang berada di luar kaunter. Dia beritahu saya, selepas ini saya tidak perlu lagi datang ke BSN. Saya berasa pelik. Kenapa kerani BSN ini tak benarkan saya datang ke BSN lagi? Sebenarnya kerana BSN telah pun melancarkan portal internet banking nya sendiri yang bernama MyBSN. 

Saya boleh membuat semua urusan saya tadi di rumah saya dengan menggunakan MyBSN. Tidak perlu lagi saya membuang masa & duit minyak serta parkir untuk pergi ke BSN. Walaupun bank-bank lain seperti Maybank  & CIMB telah lama ada perkhidmatan internet banking ini, bagi saya biar lambat asal selamat. Saya pasti MyBSN telah membuat kajian berkaitan sistem internet banking yang digunakan, mungkin lebih selamat & terkini kerana BSN boleh melihat kebaikan & keburukan sesuatu sistem itu dengan lebih terperinci terutamanya aktiviti phishing. Saya telah lama menggunakan maybank2u & saya sering menerima emel daripada individu yang menyamar pegawai dari maybank2u untuk cuba phishing saya. 

Kita juga boleh topup handphone kita tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan MyBSN ini boleh lah klik SINI untuk pergi ke portal MyBSN.

2 comments:

Anonymous said...

Betul tu. banyak faedah menggunakan online banking ini. namun kita harus berhati-hati sebelum, semasa dan selepas login. berjaga-jaga dari phishing dan penggodam. mereka boleh curi login id dan katalaluan kita dengan mudah kemudian mereka lakukan sesuatu yang tak terduga - mengeluarkan simpanan kita dlm sekelip mata.

Anonymous said...

ye bro..okla mybsn ni tapi satu jer yg bahaLOL...prepaid reload untuk MAXIS takde!!!...yang lain-lain ada...yg x penah aku dengau...MAXIS boleh takde??? what the FUCK man!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...