Pages

April 16, 2010

Tidurlah wahai permaisuri


Sambil balik kerja & melalui jalanraya yang sibuk serta 'traffic jam' yang memakan masa lebih 2 jam, anda sedang lena di dalam kereta sendiri. Tanpa gangguan daripada penumpang lain kerana hanya anda seorang sahaja yang berada di dalam kereta anda. Jika anda tidak berasa mengantuk, anda boleh membaca akhbar atau menonton tv rancangan kesukaan anda. Itulah yang akan berlaku pada masa hadapan. Kereta konsep ini direka untuk membawa anda ke mana-mana sahaja tanpa perlu anda memandu. Kereta ini diberi nama "saucer". Anda cuma perlu menetapkan arah lokasi anda & ia akan bergerak sendiri ke lokasi tersebut. Ini semua bukan lagi mustahil kerana Mercedes Benz telah pun berjaya menjual keretanya yang mampu memarkir dengan sendiri. Jadi tidak hairanlah kalau Exora kita mampu membawa kita kemana-mana & pemandu tidak perlu membuka mata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...