Pages

April 20, 2010

SEAT Alhambra 2011

. Tidak ramai yang tahu atau pernah dengar kereta jenama SEAT. Ia ditubuhkan di Sepanyol pada tahun 1950 & sekarang ia kepunyaan German Volkswagen Group. Model di atas adalah SEAT Alhambra untuk keluaran 2011. Kuasa enjin diantara 140 - 200 hp memberikan penjimatan minyak sebanyak 5.5 liter/km iaitu jauh lebih jimat daripada Exora yang kebanyakkannya diantara 10 - 12 liter/km. Mpv ini dibina khas untuk penduduk di negara eropah yang kita semua tahu berbadan besar & tinggi, maka mpv ini dibuat menjadi lebih tinggi, lebar & panjang sepertimana gambar lelaki mat salleh yang duduk di bahagian tengah...kepalanya masih jauh jaraknya dengan bumbung mpv ini. 
Cuba lihat kabin di bahagian belakang, sangat luas & kerusi di bahagian tengah boleh dilipat seperti Exora yang menjadikan ruang lantai yang rata seperti Exora. Pintu penumpang belakang jenis sliding door & boleh bergerak secara automatik. Lampu depan meggunakan jenis xenon yang diharamkan di Malaysia tapi apa yang menariknya, di hadapan mpv ini diletakkan sensor yang bertujuan memalapkan lampu jika terdapat kereta di hadapan. Jika anda cuba parkir di tempat yang sempit & anda risau tidak boleh keluar dari kereta, apa yang perlu dibuat adalah dengan cara menekan punat & mpv ini akan bergerak sendiri. Tidak perlu risau jika mengundur kerana mpv ini dilengkapi kamera pandang belakang.  Terdapat 7 beg udara untuk keselamatan penumpang & bermacam-macam lagi sistem yang canggih yang tidak terdapat pada Exora kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...