Kereta hibrid yg diperkenalkan hari ini diberi nama
EMAS yg bermaksud
Eco
Mobility
Advance
Solution. Ia hanya boleh dibeli pada tahun 2012 kerana Proton akan membuat pengeluaran secara besar-besaran pada tahun 2012 utk pasaran seluruh dunia & bukan utk pasaran Malaysia sahaja. Terdapat 3 jenis model.

Gambar atas : EMAS 3, mempunyai 3 pintu shj. Macam kereta SMART pulak. Hanya boleh memuatkan 3+1 penumpang & sesuai utk memandu di kawasan bandar yg sibuk.

Gambar atas, EMAS Country....juga ada 3 pintu tapi boleh memuatkan 5 penumpang. Nampak lebih panjang drp EMAS 3. Manakala gambar bawah pulak ialah EMAS yg mempunyai 5 pintu & boleh memuatkan 5 penumpang.

Ruang bagi penumpang belakang agak luas walaupun Minah Salleh yg panjang kakinya macam gambar kat bawah ni.

Kerusi belakang juga boleh digerakkan ke depan & belakang (macam kerusi depan) tapi yg lebih menarik, kita hanya perlu menekan punat & kerusi itu akan bergerak dgn sendirinya. Bentuk kerusi juga agak futuristik. (gambar bawah)


Teman paling suka bila tengok gambar dlm ruang depannya. Fuuhhh....memang cantik & canggih. Ada skrin LCD, tempat letak handphone tapi kat mana gear dia? Kereta ni guna elektrik & petrol, mesti ada gear....kat stering kot!



Lagi 1 yg menarik tentang gambar kat atas, kawalan apa tu? pintu aje ke? atau kerusi sekali. Mungkin ya sebab kita boleh nampak ada kat semua pintu. Laju jugak kereta ni....ia boleh pergi dari 0 ke 100 kmj dalam masa 14 saat & kelajuan maksimum 170 kmj serta boleh bergerak sejauh 50 km jika menggunakan elektrik. Selain drp petrol & elektrik, minyak diesel juga boleh digunakan. Cuba tengok enjin kat bawah ni, tak pernah teman tengok enjin macam ni.

Teman harap kereta ni bila dijual nanti, tak le mahal macam kereta SMART for 2. Kalau harganya bawah RM70k masih berbaloi dari segi jangka panjang kerana penjimatan minyaknya memandangkan harga minyak semakin naik & teman mungkin akan beli. Tahniah Proton.
No comments:
Post a Comment