Pages

February 27, 2010

Bola tiada angin tapi ada GPS

Bola ni adalah bola tercanggih yg tak pernah teman tengok. Tak payah buang masa tiap hari nak pergi pam bola sebab bola ni tidak mempunyai angin kat dalamnya. Apa yg ada kat dalam tu ialah alat GPS, RFID, lampu & lain-lain yg masih lagi rahsia. Bola lutsinar ini terdapat cip-cip elektronik kat dalamnya yg akan berkomunikasi dgn PC di luar padang. Gps digunakan untuk merekodkan kelajuan & ketinggian bola itu setelah ditendang. Manakala RFID pula digunakan untuk memberikan maklumat jika bola telah keluar drp kawasan permainan. Bola serta merta akan bertukar warna menjadi merah jika telah keluar dari kawasan permainan atau gol telah dijaringkan. Begitu juga jika pemain telah offside tapi teman tak pasti warna hijau tu untuk situasi apa? Terdapat juga kamera di dalamnya. Setakat ni teman tak tahu samada bola ni akan digunakan di Piala Dunia 2010 nanti. Semuanya masih rahsia lagi. Kalau ya, gerenti takde masalah spt yg berlaku sebelum ni....bola tak masuk gol tapi kata dah masuk. Klik CTRUS utk lebih info.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...