Jika anda tidak ada sesuatu yang penting esok, silalah pergi Presint 2 Putrajaya. Ada sebanyak 23 buah belon udara panas di sana. Anda juga boleh terbang bersama-sama belon dengan hanya membayar RM10.00 untuk dewasa & RM5.00 untuk kanak-kanak. Ada 5 buah belon disediakan untuk pengunjung terbang bersama bermula 8 pagi hingga 11 pagi & 6 petang hingga 9 malam. Selain daripada belon udara terdapat juga aktiviti lain seperti Para Gliding, layang-layang, silap mata, sukan ekstrim dan banyak lagi. Anda juga boleh terbang menaiki helikopter bermula 9 pagi hingga 2 petang. Ada juga belon Darth Vader iaitu watak dalam filem Star Wars (gambar bawah). Jangan lupa...ada 1 hari lagi, bertempat di Presint 2 Putrajaya.
No comments:
Post a Comment