Pages

March 21, 2010

2 berita yang menggusarkan hari ini

Berita pertama ialah tahi yang berharga RM220 ribu. Sebenarnya ia bukanlah tahi tetapi TAY1 iaitu nombor plet bagi kereta yang didaftarkan di Terengganu. Seramai 6 orang berebut nombor itu. Alangkah baiknya jika duit sebanyak itu didermakan untuk anak yatim atau fakir miskin. Berita kedua inilah yang paling menggusarkan. Seramai 17303 orang anak luar nikah melayu dilahirkan di seluruh negara tahun lepas. Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim, bilangan itu meningkat sebanyak 762 orang berbanding tahun 2008. Apa sudah jadi? Kalau orang melayu, ini bermakna majoritinya beragama islam. Salah siapa? Emak, Bapa, Ustaz atau Cikgu? Sistem pendidikan atau dunia tanpa sempadan. Bagaimana pula dengan media seperti TV percuma & Astro. Majalah hiburan pula berlambak-lambak. Pemimpin mana yang hendak dipersalahkan. Dadah merata-rata. Semoga anak cucu kita dijauhi daripada bala di dunia. Aminnn....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...