Pages

February 13, 2010

Apakah Garmin akan terlingkup?

Sebelum ni teman ada memaparkan artikel berkaitan berita yg mengatakan Google akan memberi software navigation percuma & sekaligus menyebabkan saham Garmin jatuh menjunam. Kali ini lagi satu berita yg bukan shj bakal menyebabkan tokey Garmin sakit jantung, tokey Lokatoo, Papago, Mapking, Igo8, Amigo, Tomtom & tokey yg seangkatan dgnnya pun terlibat sama. Berita terkini mengatakan Windows Mobile 7 akan turut memberikan software navigasi percuma. Apa itu Windows Mobile 7 ???  Kita semua tahu bahawa Proton memberikan GPS Lokatoo kpd mereka yg membeli Exora H-Line. GPS tu menggunakan Windows Mobile 5 (kalau kat PC ada Windows XP atau yg terkini Windows Vista) Versi terkini yg ada di pasaran ialah Windows Mobile 6. Akan datang pula Windows Mobile 7 & yg inilah akan disertakan dgn software navigasi percuma. Bukan itu aje, ia juga mengandungi games spt Xbox, muzik & yg penting sekali software navigasi di "intergrasi" kan dgn Bing Maps. Apa itu Bing Maps?, klik SINI

No comments:

Post a Comment