Teman berkenan betul dgn warna & sport rim kereta ni. Kalau buat camni kat Exora teman mesti cun. Kereta Ford Edge ni dilengkapi enjin V6 3.7 liter & ditambah dgn Ti-VCT ( Twin Independent Variable Camshaft Timing ) yg menghasilkan kuasa 305hp. Ia juga dilengkapi kuasa turbo jenis Ecoboost yg menjimatkan minyak sebanyak 15%. Jom kita tengok stering & dashboard dia (gambar bawah) Fuhhhh.....memang cun gileerr. Semua kawalan ada kat stering tu. Dashboard pulak menggunakan skrin LCD. Cuba tengok kat skrin LCD dashboard sebelah kiri, ia memaparkan maklumat berkaitan kereta tu spt suhu enjin, minyak & kat sebelah kanan pulak ia memaparkan maklumat spt hiburan, telefon, peta navigasi & cuaca. Gambar bawah ni pulak kita lihat di sebelah kanan stering ada lagi satu skrin LCD 4.3" boleh sentuh. Menarik betul le kereta ni.Kita tengok pulak sistem audio dia yg canggih buatan Sony. Ia boleh di 'syncronize' kan dgn Ipod. Kalau semua ni ada kat Exora kan best !!!
No comments:
Post a Comment