Pages

February 13, 2010

GONG XI FA CAI

Teman mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina bukan muslim & Cina Muslim. Walaupun bilangan kaum Cina Muslim di Malaysia tak seramai saudara mereka di Negara China, ini tidak menghalang kaum Cina Muslim utk meraikannya bersama-sama kaum Cina bukan muslim & juga bangsa-bangsa lain di negara kita ini. Kita semua tahu bahawa cuti yg panjang ni ramai yg akan balik kampung & melancong. Kepada mereka yg tidak mempunyai kad debit & kad kredit, sudah tentu memerlukan duit tunai yg banyak. Ke mana lagi kita nak dapatkan duit kalau bukan di mesin ATM. Saya nasihatkan anda berhati-hati semasa mengeluarkan wang di ATM kerana terdapat penyangak yg cuba mengklonkan kad ATM anda. Lihat gambar di bawah : Gambar di atas menunjukkan penyangak sedang meletakkan alat pengimbas utk mencuri data drp kad ATM anda bagi tujuan membuat kad klon. Gambar kat atas pulak adalah alat pengimbas yg telah dilekatkan dgn sempurna, kalau teman sendiri pun dah tentu tak perasan. Bila kita memasukkan kad ATM & secara automatik kad kita telah diklon. Bagaimana caranya utk kita mengenalpasti samada alat tsbt adalah alat pengimbas. Caranya adalah pastikan tidak ada kamera kecil yg tersorok di mana-mana bahagian mesin ATM itu kerana penyangak sedang merakam nombor PIN kita. Berhati-hatilah....kad ATM ,kad kredit, kad debit.....semuanya boleh diklon.

No comments:

Post a Comment