Pages

December 28, 2009

Nama Exora makin popular

Sebelum ni saya ada menyiarkan artikel berkaitan baju exora, kali ini ada satu lagi blog yg menggunakan nama Exora utk mempopularkan barangan mereka. Blouse yg terdapat di blog INI adalah utk dijual tapi sebelum itu saya menasihatkan anda jgn membeli blouse ini kecuali anda berhasrat utk memakainya di rumah buat tatapan suami. Ada fahammmm.....

December 27, 2009

Cara menukar gambar background utk igo8




Berikut adalah cara utk menukar gambar background igo8 menjadi gambar Exora kesayangan anda.

1. Sila download gambar Exora di SINI

2. Buka removable disk > igo8 > data > ui_igo8 > cari folder 480_272 yg ada tarikh modified 1/26/2009 > background

3. Buka file Exora yg didownload tadi & copy paste ( atau drag ) ke dlm folder background di atas.

4. Off & on kan gps anda. Buka igo8

5. Tekan butang menu > settings > menu > background > pilih gambar Exora mengikut warna kereta anda. Tahniah, anda telah berjaya.

Sebenarnya teman tak letak gambar Exora kat dlm tu tapi teman letak gambar family teman, kalau anda rajin buat le sendiri. Selamat mencuba.

December 18, 2009

Baru tahu kenapa Proton buat enjin turbo

Seminar "Proton Exora-The Making" yg diadakan di Universiti Putra Malaysia telah mendedahkan rahsia kenapa enjin turbo perlu dibuat utk Exora. Semuanya kerana kos projek utk membuat/membina enjin campro 2.0 cc adalah terlampau tinggi & tidak sesuai buat masa ini maka jalan pintasnya adalah menambah kuasa turbo kpd enjin campro 1.6 yg sedia ada lalu menjadikan enjin itu berjaya menghasilkan kuasa sehingga 270 hp dgn 350 Nm setanding dgn enjin mpv pesaing yg berkuasa 2.0 cc. Bagaimanapun ada sedikit ubahsuai utk pengaliran keluar masuk udara dibuat di bahagian atas bonet hadapan (atas enjin) spt gambar di atas. Manakala gambar bawah pula adalah enjin turbo yg telah dipasang pada Proton Exora Prestige Turbo prototype & dipamerkan pada seminar itu.



Selamat Menyambut Awal Muharram

Hari ini kita menyambut Awal Muharram, kita selalunya bermaafan-maafan pada hari raya tapi sebenarnya tiap-tiap hari kita boleh bermaafan & terutamanya hari ini iaitu Awal Muharam. Selamat menyambut Awal Muharram & maaf zahir batin.

December 16, 2009

Gambar Exora pada background igo8

Sebelum ni teman dah ckp dlm artikel teman di 'Cara convert Lokatoo ke igo8' yg igo8 ni memang bagus jika dibandingkan dgn garmin & papago, gambar kat atas tu adalah buktinya. Teman dah berjaya install gambar tu kat dlm background igo8. Nanti teman akan ajar caranya, tunggguuuuuu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...