Pages

May 18, 2014

Mi PowerBank termurah di pasaran



Powerbank kini adalah barang wajib ada bagi setiap pemilik peranti pintar kerana bateri peranti pintar tidak dapat bertahan lama jadi memiliki powerbank adalah satu keperluan bagi mereka yang sentiasa menggunakan peranti pintar. 


Dipetik dari sebuah portal tempatan, mendapatkan powerbank bersaiz kecil dengan kuasa pengecasan yang bagus pada harga rendah amatlah sukar untuk ditemui. 

Tetapi sebuah syarikat teknologi dari China, Xiaomi bakal melancarkan produk powerbank mereka yang diberi nama Mi PowerBank pada harga terendah di pasaran iaitu hanya berharga RM36. 

Walaupun murah, namun Mi PowerBank ini mempunyai kapasiti sebanyak 10400mAh. 

Menurut kenyataan dari Xiaomi, Mi PowerBank dapat mengecas semula iPad Mini sebanyak 1.5 kali dan iPhone 5S sebanyak 4.5 kali. 

Mi PowerBank akan mula dijual pada 20 Mei depan melalui lawan web rasmi mereka.-Azwa Iela | Tupai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...