Bercadang membeli HTC One M8 hujung minggu ini? Mungkin ada boleh baca dulu sebelum membeli mesin berharga RM2,388.
Daunpisang mendapati telefon ini nampak cantik tetapi agak licin ketika dipegang. Ada sekali dua terjatuh juga tetapi nasib baik disebabkan badannya 90 peratus aluminium jadi tidaklah seberapa rosak telefon, calar sikit je!
Rekaan
Rekaan premium yang diteruskan dari HTC One M7 sebelum memang nampak menarik dengan skrin 5-inci memenuhi hampir seluruh ruang. Pada permukaan depan terdapat jaring pembesar suara di atas dan bawah.
Jaring yang menempatkan audio itu sekaligus menyaksikan bunyi dengan bantuan BoomSound benar-benar membantu HTC tampil lain. Terus-terang, tiada lagi tandingan dari segi kualiti audio dari mana-mana pengeluar telefon.
Apabila saya mengatakan ia sudah jatuh dua kali, HTC One M8 membuktikannya telefon lasak. Lebih gila, saya cuba mematahkan dua telefon ini dengan memegang bahagian bawah dan atas tetapi ia ternyata kukuh. Kalau anda sudah membelinya, cuba sendiri!
Berdasarkan faktor rekaan aluminium dan dibantu pula dengan antena dinamik baru, ia menyegerakan carian rangkaian. Ia benar-benar terjadi apabila saya berada di lot parkir bawah tanah. iPhone saya menunjukkan tiada isyarat tetapi M8 memperoleh satu bar menggunakan rangakain yang sama.
Memori
Saya juga kagum dengan slot mikrosSD yang pertama kali diperkenalkan pada kapasiti 128GB. Cukup besar untuk simpan segala-galanya. Sudahlah begitu, dapat lagi tambahan setoran maya Dropbox sebanyak 50GB.
Antaramuka
HTC Sense baru versi 6 pula lebih kemas. Kali ini anda boleh muat turun font sendiri dan ikon ringkas tak menyakitkan mata.
HTC One M8 juga diperkenalkan dengan Motion Launch. Anda tidak lagi perlu menekan butang kuasa untuk mengaktifkan telefon cukup sekadar sentuh sekali untuk mengaktifkan atau sentuh dua kali untuk tutup manakala untuk cari wijet, swipe kan kiri ke kanan.
Bercakap tentang Motion Launch, saya mencuba Flip Cover yang tidak memerlukan anda buka tutup kasing telefon untuk melihat panggilan, mesej dan sebagianya. Semua akan terpampang di depan kasing itu sendiri. Adakah ia berkesan? Setakat ini, saya rasa ia langkah yang baik untuk notifikasi.
Kamera
Satu yang tidak memuaskan hati saya ialah kualiti rakaman kamera meskipun ia diperkenalkan dengan Duo Camera selain UltraPixel yang katanya menangkap 300-peratus cahaya berbanding M7 tetapi pada pengamatan saya, foto yang ditangkap kurang memuaskan. Malah, model lama Samsung Galay S4 pun lebih baik kualitinya.
Manakala bagi perisian, HTC One M8 dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat beserta launcher buatan HTC sendiri, iaitu Sense 6. Ia hadir dengan dua antaramuka, antaramuka biasa Android, serta Blinkfeed yang memaparkan berita terpilih terkini untuk bacaan segera dengan mudah. Jika anda biasa menggunakan Flipboard, pasti mudah untuk memilih berita Blinkfeed.
Prestasi
Di sebalik kekurangan pada kamera, prestasi HTC One M8 memang mengkagumkan. Menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 801 dengan kelajuan 2.5GHz, GPU Adreno 330 serta 2GB RAM, memberikan markah pada Antutu benchmark sebanyak 35k, mengatasi Galaxy Note 3 & Xperia Z Ultra. Tetapi penggunaan berterusan semasa menggunakan GPS Waze dan bermain game perlumbaan Asphalt 8, saya mendapati HTC One M8 mudah berasa panas, mungkin kerana badan besinya yang mudah mengalirkan haba.By AH Mohd | Daunpisang
No comments:
Post a Comment