Pages

April 3, 2014

Khidmat Simpanan Cloud Mana Yang Patut Anda Pilih?

Selain menggunakan thumbdrive atau hard disk, anda mempunyai pilihan menyimpan fail anda secara cloud. Beberapa pilihan yang boleh diteroka dan blog Daunpisang mencadangkan beberapa khidmat cloud.

OneDriveDropboxGoogle DriveBox
Had maksimum saiz fail2GBTiada10GB250MB (pelan percuma), 5GB (pelan berbayar)
Kapasiti simpanan percuma7GB2GB15GB10GB
Ekstra kapasiti simpananYaYaTiadaTiada
Pelan berbayar$25 setahun (50GB), maksimum 200GB$10 sebulan (100GB), maksimum 500GB$2 sebulan (100GB), $10 (1TB)$10 sebulan (100GB)
OSWindows, Mac, Android, iOSWindows, Mac, Linux,Android, iOS, Blackberry,Kindle FireWindows, Mac, Android, iOSWindows, Mac, Android, Blackberry, iOS
Selain menggunakan thumbdrive atau hard disk, anda mempunyai pilihan menyimpan fail anda secara cloud. Beberapa pilihan yang boleh diteroka dan blog Daunpisang mencadangkan beberapa khidmat cloud.
Dropbox
Dropbox
Sangat popular dan sangat mudah digunakan. Hanya layari laman web mereka untuk muat turun aplikasi tidak kira anda pengguna Mac, Windows dan Linux (Ubuntu, Debian atau Fedora), iOS, Android, BlackBerry malah Kindle Fire.
Cara memindahkan fail pun semudah 'drag & drop' atau tetapkan saja kesemua fail disimpan dalam Dropbox. Lebih-lebih lagi tiada had saiz fail untuk desktop dan aplikasi mudah alih tetapi jika bersaiz, ia mengambil masa lama bergantung kepada kelajuan internet.
Untuk permulaan, anda akan diberikan kapasiti 2GB saja tetapi ia boleh ditambah melalui pelbagai cara seperti mencadangkannya kepada rakan anda yang lain melalui emel, menyertai panduan penggunaan yang mudah atau muat turun aplikasi telefon (dapat tambahan 3GB lagi) atau beli mana-mana telefon yang tawar khidmat Dropbox seperti HTC dan Samsung. Secara keseluruhan, selepas mencubanya, saya sendiri memperoleh 75GB keseluruhan setakat ini.
Apa yang menariknya tentang Dropbox, saya boleh mengakses fail tanpa masalah walaupun menggunakan gajet berlainan. Misalnya, saya simpan gambar dalam telefon Android kemudian saya boleh mengaksesnya kembali dalam PC atau tablet dengan cepat.
OneDrive
OneDrive
Dulu dikenali sebagai SkyDrive, ia ciptaan Microsoft dan sudah siap terbina jika anda menggunakan OS Windows 8 and 8.1 tetapi bagi pengguna lain, ia boleh dimuat turun dalam pelbagai versi termasuk Mac, Android, iOS dan Windows Phone.
Apa yang boleh disimpan? Kesemua fail termasuk foto, video atau dokumen. Kemudian anda boleh mengaksesnya terus dalam PC atau alat mudah alih seperti telefon atau tablet.
Memandangkan ia dibangunkan Microsoft, sudah pasti ia sangat mudah jika anda mahu menyimpan dokumen dari Office. Jika anda mahu 'save' dokumen, ia akan memaparkan pilihan simpanan melalui OneDrive juga. Jika anda pengguna Windows Phone juga lebih mudah menyimpan foto. Bagi kami, OneDrive hanya beroperasi lancar sekiranya anda pengguna Windows.
Google Drive
Google Drive
Sebaik membukanya saja, anda sudah mendapat kapasiti 15GB. Lebih mudah kalau ada akaun Google (yang saya rasa kebanyakan anda ada). Ia boleh dimuat turun sebagai aplikasi atau akses saja melalui laman web.
Kalau mahu simpan dokumen pejabat, penggunaan Google Docs lebih berkesan memandangkan anda boleh sunting dokumen dengan pantas. Kalau ada emel mengandungi fail yang ingin disimpan pun, anda ada pilihan untuk memuat turun terus ke Google Drive.
Cuma anda tidak boleh muat turun foto dalam telefon secara terus ke Google Drive.
Box
Box
Lebih sesuai untuk perniagaan kerana tahap privasinya agak ketat. Anda boleh berkongsi dokumen dengan rakan kerja lain, tetapkan tugasan dan tinggalkan komen dalam kerja orang lain.
Walaupun privasinya ketat, anda boleh tukar mengikut kesesuaian cuma sedikit mengambil masa pada awal penggunaan. Anda juga boleh tetapkan kata laluan untuk dokumen tertentu sekiranya mahu.
SugarSync
SugarSync
Lebih kurang sama dengan Dropbox. Anda boleh dapat kapasiti simpanan 5GB selepas percubaan percuma selama 90 hari. Kalau mahu kapasiti tinggi, anda boleh bayar USD7.50 sebulan bagi 60GB
Space Monkey
Agak mahal. Dengan USD200 anda akan mendapat 2TB cakera keras maya. Tetapi kalau tidak mahu khidmat mahal itu, boleh bayar USD49 saja setahun untuk simpan 500GB. Secara teknikalnya, ia lebih murah berbanding Dropbox.-By  | Daunpisang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...