Agak susah juga bagi saya hendak menukarkannya. Setelah pergi ke beberapa blog akhirnya saya terjumpa caranya di http://www.syoknyerblogging.com/
Bagaimanapun cara di syoknyerblogging tidak secara detail. Berdasarkan pengalaman yang saya dapat hasil dari kejayaan saya bertukar ke dot.com maka saya ingin berkongsi pengalaman tersebut. Sebelum itu saya akan perkenalkan 2 perkara berikut.
Apa itu domain? Domain ialah nama alamat sesuatu website atau portal. Contoh : 1) http://www.bharian.com.my/ => website
2) http://www.mybsn.com.my => portal
Apa itu Hosting? Hosting ialah syarikat yang menyimpan data-data seperti video, gambar, lagu atau rencana yang kita paparkan pada blog kita. Kita tidak perlu membayar untuk webhosting kerana kita menggunakan blogspot sebagai hosting blog kita yang percuma ini. Kita cuma perlu membeli nama domain sahaja yang serendah RM35.00 setahun.
Langkah pertama : klik SINI untuk melihat samada nama domain yang anda mahukan masih belum dipunyai oleh sesiapa. Anda akan dibawa ke jomhosting.net & di sebelah atas, anda akan nampak seperti gambar di bawah.
masukkan nama domain yang anda mahu & klik start. Saya cadangkan anda gunakan .com kerana ia berharga RM35.00 setahun & paling murah jika dibandingkan .net, .my, .com.my dan lain-lain. (saya memilih jomhosting kerana ia beroperasi 24jam & boleh bertanya soalan dalam Bahasa Melayu)
2. Jika ayat seperti ini "Congratulations! dot.com is available" keluar di skrin anda, sila klik order now.
3. Pada "Domains Configuration" tick seperti di bawah:
5. Klik Update Cart
6. Pastikan Total Recurring adalah RM35.00 Annually
7. Klik checkout. Jika anda klik continue shopping, anda akan diberi pilihan untuk upgrade bandwidth, emel space & web space. Semua ini tidak perlu kerana kita menggunakan blogspot yang percuma. Kita cuma perlu membeli nama domain sahaja.
8. Isi butir-butir diri anda. Tick
Pilih cara bayaran & terus membuat bayaran. Proses kelulusan mengambil masa 24 jam & pengalaman saya, saya mendapat kelulusan dalam masa 15 minit sahaja. Saya memilih bayaran menggunakan kad kredit ( Paypal )
Invoice Date: 20/01/2011 Due Date: 20/01/2011
|
<< Back to Client Area | Download | Close Window
10. Kelulusan akan dihantar ke emel anda. Setelah mendapat kelulusan, sila log in di SINI menggunakan password semasa mendaftar di langkah 8.
11. Di sebelah kanan atas terdapat Quick Navigation kemudian klik
"Submit Ticket" di bawahnya. Kemudian klik technical. Seterusnya ikut langkah di bawah.
12. Setelah mendapat emel daripada jomhosting yang mengatakan setup telah selesai dibuat. Login ke akaun blogspot anda.
13. Klik settings => publishings => custom domain => Switch to advanced settings => pada ruangan your domain masukkan nama domain anda. contoh : www.exorian.com => Word Verification => save settings
14. Tahniah! anda telah berjaya dalam misi anda.
2 comments:
salam tahniah...berjaya tukar kpd dot com...
saya akan mneyusuli kemudian nok jugak rasanya
ade effek tak...dgn nuf ke atau yg lain2..
terima kasih, stakat ni xde efek dgn iklan. tgk pageviews pun sama mcm biasa. update crita mcm biasa kat blogspot, mungkin ini sbb iklan tu xde efek.
Post a Comment