Pages

January 29, 2011

Apakah perbezaan diantara MPV, SUV & Offroader?


Semua orang pernah dengar atau terbaca perkataan MPV, SUV & Offroader tetapi adakah anda tahu apa itu MPV, SUV & Offroader . Di bawah adalah maksud sebenar perkataan tersebut.


MPV bermaksud multi purpose vehicle atau kenderaan pelbagai guna yang bentuknya seperti sebuah kereta atau van. Ia biasanya digunakan untuk mengangkat barang atau penumpang.


SUV bermaksud sport utility vehicle atau kenderaan kemudahan sukan yang bentuknya seperti station wagon tetapi dibina menggunakan chasis truck yang lebih ringan. Biasanya disertakan kuasa pacuan empat roda untuk kegunaan di atas jalanraya atau trek seperti meredah hutan.


OFFROADER bermaksud off-road vehicle atau kenderaan yang biasanya digunakan untuk meredah jalan berbatu, berpasir & tidak bertar seperti jalan lori balak. Tayarnya menggunakan bunga yang tebal & bersaiz besar. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...