Pages

October 9, 2010

Gambar Proton Inspira di Genting Highlands

Bagi peminat Mitsubishi Lancer, anda tidak perlu membuang duit lebih RM100 ribu hanya untuk membeli kereta ini. Proton akan menjualnya pada harga lebih murah iaitu RM60k hingga RM70k bagi 1.8cc & RM80k hingga RM90k bagi 2.0cc. Setakat ini hanya ada dua warna sahaja dikeluarkan iaitu putih & merah.

Antara aksesori yang terdapat pada versi 2.0cc ialah kusyen kulit, paddle shift, auto cruise & spoiler. Proton Inspira yang dipasang di Shah Alam khabarnya akan dilancarkan pada 16.10.2010 & akan mula dijual pada hujung tahun 2010. Bagi saya tiada apa yang menarik pada Proton Inspira ini kerana ia bukanlah produk asli Proton sama seperti kereta Kia yang ditukar logonya menjadi Naza.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...