Pages

August 22, 2010

Pasang Astro di dalam Exora


Pada artikel saya yang bertajuk Tonton Astro di dalam kereta anda yang bertarikh 9.6.2010, saya ada menceritakan tentang tv Astro yang boleh ditonton di dalam kenderaan yang sedang bergerak. Kali ini saya akan memperkenalkan rakan exorian kita yang bernama Ezanee yang telah berjaya install alat ini ke dalam Exora. Gambar-gambar di sini semuanya saya pinjam daripada Ezanee, terima kasih Ezanee. Melalui gambar di atas kita dapat melihat di atas bumbung terdapat satu alat berbentuk bulat, itu adalah alat penerima siaran satelit yang dilekatkan menggunakan magnet & boleh dibuka untuk disimpan jika tidak digunakan. 
Menurut Ezanee lagi, ia adalah kalis air. Ada sedikit kekurangan, gambar bawah menunjukkan decoder diletakkan di bawah tempat duduk & mungkin kerana ia agak besar maka tidak boleh diletakkan di dashboard.
Alat tersebut berharga RM2999.00 & terdapat juga yang berharga RM1000++ tetapi tidak dapat menerima siaran satelit. Ia hanya dapat menerima siaran percuma seperti TV1 & TV2. 
Kepada sesiapa yang ingin membeli bodykit exora secondhand bolehlah contact Ezanee kerana beliau ingin menjual bodykit lamanya untuk digantikan dengan yang baharu. Berikut adalah gambar bodykit tersebut. Klik SINI untuk pergi ke facebook Ezanee.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...