
Kita telah melihat berbagai bentuk tetikus, daripada berbentuk segiempat sehinggalah ke bentuk bulat & daripada berwayar hinggalah ke tanpa wayar yang menggunakan teknologi bluetooth. Akan datang kita tidak perlukan tetikus lagi. Kita hanya perlu gerakkan tapak tangan & jejari kita sahaja. Dengan hanya kos sebanyak USD20.00, kita telah berjaya menjimatkan wang kita membeli tetikus yang mudah rosak. Pranav Mistry, Pattie Maes dan Liyan Chang dari MIT's Media Lab sedang membuat kajian tentang "mouseless" ini.
Apa yang diperlukan cuma infrared laser & infrared tracking camera. Segala pergerakan yang dibuat oleh tangan & jejari kita akan dibaca & direkodkan oleh infrared laser & infrared tracking camera & seterusnya diterjemahkan oleh komputer lalu menggerakkan cursor di layar skrin komputer. Anda boleh tonton video di SINI untuk melihat bagaimana ia berfungsi.
No comments:
Post a Comment