Pages

April 23, 2010

Lionel Messi menjadi duta Chery Automobiles

Pembuat kereta terbesar dari negara China iaitu Chery Automobile telah berjaya mendapatkan tandatangan daripada pemain bolasepak terkenal Barcelona iaitu Lionel Messi. Messi yang berasal dari Argentina akan mempromosikan kereta buatan Chery bagi segmen kereta mewah. Pengumuman tersebut dibuat di Beijing Motor Show yang sedang berlangsung di Beijing sekarang.
 "Messi is the best football player in the world, and thus he makes a great ambassador to represent our premium Riich brand," kata Jin Yibo iaitu jurucakap Chery.
Chery merancang untuk meggandakan eksportnya kepada 100 ribu buah pada tahun ini. Bagi saya, pemilihan Messi adalah tindakan bijak kerana Messi yang akan bermain di Piala Dunia 2010 akan membantu memperkenalkan Chery ke seluruh dunia & tidak hairanlah Chery akan berjaya seperti Kia & Hyundai. Proton masih belum perlu lagi untuk berbuat demikian kerana saya berpendapat kilang yang sedia ada tidak mampu untuk menampung permintaan seluruh dunia walaupun ia berjaya meningkatkan kualitinya setaraf Lotus.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...