Mpv ini sudah lama berada di pasaran Indonesia & Thailand & kini ia berada di pasaran Malaysia dengan harga RM112980 ( termasuk insuran ) Dipasang di Indonesia, mpv ini boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan Exora walaupun jenama Honda sudah lama terkenal tetapi disebabkan ia dipasang di Indonesia maka ada kemungkinan masalah kerosakan yang memerlukan penarikan balik untuk dibuat pembetulan seperti yang berlaku pada Honda Jazz baru-baru ini.
Bagi saya, mpv ini bukanlah pesaing bagi Exora kerana harganya yang agak mahal. Mungkin jualan Grand Livina & Toyota Innova akan lebih terjejas. Antara sebab pembeli beralih arah adalah pintu jenis 'sliding' automatik yang tiada pada GL & Innova. Bagaimanapun jarak lantai mpv ini dengan tanah agak tinggi & sudah pastinya ia tidak dapat menandingi Exora apabila membelok. Kabin Freed juga agak sempit sedikit berbanding Exora & kerusi baris ketiga dilipat ke tepi dinding, tidak seperti Exora yang tidak menyempitkan ruang belakang & memudahkan kita membentang toto apabila kerusi baris kedua & ketiga dilipat...inilah yang sering saya buat untuk memudahkan anak saya tidur ketika berjalan jauh.
Sekarang tiba pada kuasa enjiin pula, saya nak dengar apa kata 'Exora basher' iaitu pengkritik bodoh yang berfikiran setiap keluaran Proton semuanya tak bagus. Mereka mengatakan Exora yang mempunyai enjin 1.6cc menjadi seperti bas sekolah yang penuh penumpang, apa pula akan mereka kata apabila mengetahui Freed ini enjinnya 1.5cc. Saya pasti mereka akan memuji hanya kerana ia buatan Honda. Kuasanya ialah 116bhp / 146nm iaitu lebih rendah daripada Exora. Ia adalah sama seperti kereta Honda City & saya pun tertanya-tanya, sesuaikah enjin yang diletakkan di kereta ini dipasang pada mpv. Sudah tentulah sesuai kerana si basher bodoh saja yang akan berkata begitu.
Bentuk mpv ini juga nampak tidak begitu menarik, kelihatan seperti bentuk kotak manakala lampu belakangnya pula agak kecil berbanding Exora. Walaupun Exora lebih baik berbanding Freed ini, sudah pastinya Exora lebih buruk di mata si basher bodoh. Apa pula komen anda?
No comments:
Post a Comment