Pages

April 3, 2010

Din Beramboi : tiada jenaka sepertinya

Ajalnya betul-betul pada subuh hari jumaat, walaupun tidak sehebat P. Ramlee tapi tiada pelawak yang dapat membuat jenaka segila begitu. Aku mula mengenali beliau pada tahun 1995 melalui radio THR. Dialah dj yang boleh membuat berbagai watak & suara. Tiap-tiap hari aku tak pernah terlepas mendengar celoteh beliau. Aku memang agak terasa akan kehilangannya walaupun beliau bukan saudara terdekat aku. Bagi aku dialah pelawak & dj yang paling hebat. Itulah yang wujud dalam otak aku sejak dia masih hidup lagi. Kini tinggal nostalgia, Allah lebih sayang daripada kita. Berikut adalah nota terakhir Din Beramboi :

“Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini"
“Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu”.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...