Ramai yang pernah dengar tetapi ramai yang tidak tahu apa itu "blind spot". Jika diterjemahkan ke Bahasa Malaysia ia bermaksud titik buta. Setiap cermin sisi kereta kita samada kiri atau kanan membolehkan kita melihat kenderaan dari arah belakang tetapi kita tidak dapat melihat kenderaan yang berada di sebelah kita & hampir memotong kereta kita. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat oleh penumpang belakang kerana posisinya tidak berada di sebelah pemandu & tidak juga di dalam posisi yang boleh dilihat melalui cermin sisi. Jika anda memandu berseorangan, anda membelok & pasti tiba-tiba anda akan di hon oleh kenderaan tersebut atau lebih teruk lagi, kereta anda akan dilanggar. Ini pernah berlaku kepada saya.
Untuk mengatasi masalah ini, sistem yang bernama BLISS ( Blind Spot Information System ) telah diperkenalkan. Ia menggunakan sistem radar yang akan mengesan kereta yang berada dalam posisi blind spot ini. Lampu berwarna oren yang terletak pada cermin sisi akan menyala jika ia mengesan kenderaan yang berada di dalam posisi titik buta ini seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah. Jadi kepada Exorian semua, berhati-hatilah semasa membelok.
No comments:
Post a Comment