.jpg)
Kepada semua rakyat Malaysia, jangan lupa untuk menutup semua suis elektrik di rumah kita malam ini. Bermula pukul 8.30 malam, adalah waktu bagi semua rakyat Malaysia bergelap. Terpulanglah kepada anda samada untuk menutup selama sejam atau lebih. Aktiviti ini yang digelar Hari Bumi atau 'Earth Hour' bukan sahaja membantu kita menjimatkan bil elektrik kita malah berjaya mengurangkan suhu bumi yang semakin panas. Penjimatan tenaga elektrik selama sejam boleh menjimatkan berbillion-billion ringgit bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Malam ini bolehlah juga diisytiharkan malam romantik. Pasanglah lilin di rumah anda sambil menghadap makanan bersama-sama pasangan & anak-anak. Wah! romantiknya malam ini.
No comments:
Post a Comment