Pages

March 10, 2010

Butang kecemasan kepada bakal pembeli Exora

Dengar, dengar, dengar, kepada sesiapa yg berminat nak beli Exora elokle beli sekarang atau beli dalam minggu ni juga & beli aje Exora yg ada ready stock. Mulai hari ini pergi kedai Proton & tanya ada ready stock tak? kalau takde cari kedai lain & kalau boleh.... terus isi borang pinjaman. Rasanya semua orang dah tahu yg BNM dah naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25% & ini bermakna kadar BLR di semua bank-bank akan dinaikkan. Mulai minggu ini ada beberapa buah bank telah menaikkan kadar BLR & hari ini juga ada lagi satu bank turut serta. Jika BLR dinaikkan, ini bermakna kadar faedah bagi pinjaman Exora juga akan turut naik. Jika dulu 9 tahun 3.75%, lepas ni mungkin jadi 4%....tinggi tuuuu. Maknanya bayaran balik bulanan pun tinggi jugak...maka cepat-cepat le pergi cari bank yg belum naikkan BLR & terus sign agreement pinjaman. Kat bawah ni Siaran Akhbar yg dikeluarkan oleh BNM.
Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuaratnya hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus. Kadar terendah dan tertinggi koridor OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2 peratus dan 2.50 peratus.
Pemulihan dalam ekonomi global semakin menggalakkan berikutan sokongan dasar yang berterusan dan keadaan kewangan yang bertambah baik. Aktiviti ekonomi dalam ekonomi-ekonomi maju telah meningkat meskipun pertumbuhan dijangka kekal sederhana. Walau bagaimanapun, ekonomi-ekonomi pasaran yang sedang pesat membangun mencatat pemulihan yang lebih kukuh. Ekonomi-ekonomi serantau, khususnya, berkembang dengan kukuh pada suku keempat 2009 dan momentum pertumbuhan dijangka berterusan.
Bagi ekonomi dalam negeri, prestasi pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku keempat 2009 mengesahkan bahawa pemulihan ekonomi adalah mantap. Melangkah ke hadapan, pertumbuhan dijangka terus bertambah kukuh dan disokong oleh permintaan dalam negeri dan peningkatan yang berterusan dalam permintaan luar, terutama dari ekonomi serantau.

Sebagai mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan pelarasan yang mungkin dibuat terhadap harga ditadbir, paras harga akan meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun ini. Meskipun faktor luaran, termasuk kenaikan harga komoditi dan bahan makanan global, dijangka menyebabkan tekanan menaik terhadap harga dalam negeri, inflasi bagi tahun ini dijangka terus sederhana.

OPR telah dikurangkan ke paras terendah dalam sejarah pada awal tahun 2009 sebagai langkah utama untuk mengelakkan daripada berlakunya kelembapan ekonomi yang sangat buruk. Namun, ekonomi negara tidak lagi menghadapi keadaan sedemikian. Ekonomi negara kini menjadi bertambah baik dan sedang melalui proses pemulihan. Berdasarkan prospek ekonomi negara yang lebih baik ini, Jawatankuasa Dasar Monetari mengambil keputusan untuk menyelaraskan OPR sejajar dengan matlamat untuk mengembalikan keadaan monetari kepada kedudukan yang lebih wajar, dan juga untuk mengelakkan timbulnya risiko ketidakseimbangan kewangan yang boleh menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara. Pada paras OPR yang baharu ini, pendirian dasar monetari akan terus akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Bank Negara Malaysia
4 Mac 2010

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...