Pages

February 20, 2010

Cara Garmin elak terlingkup


Berkaitan artikel teman sebelum ni iaitu Google & Windows Mobile 7 akan memberikan software navigasi percuma......Garmin mengambil langkah segera iaitu bekerjasama dgn ASUS Computers utk mengeluarkan GPS Smartphone. Ia akan disertakan dgn 'windscreen mount', alaaa.....sejenis alat yg boleh lekat kat cermin kereta, macam yg kita lekat gps kita tuuu. Skrinnya pulak jenis LCD boleh sentuh dgn lebar 3.5 inci, luas jugak tu. Smartphone tu jugak ada memori bina dalam bersaiz 4GB & RAM 512MB, fuhhh kalau smartphone pakai RAM besar tu memang kelas...gerenti takde masalah 'hanging' & peta Garmin tu tak akan tersangkut-sangkut lagi.

Yang kat bawah ni pulak cerita lain.
Jam ni diberi nama Lok8u multi-m8 GPS wristwatch. Sesuai kpd anda yg mempunyai anak hiperaktif, kalau tengah pergi shopping tu takde masalah. Tengah syok shopping tiba-tiba anak hilang, jgn risau...suruh anak tu pakai jam ni. Kita boleh cari kat mana anak kita berada krn ia guna sistem Gps.  Kita boleh detect jam ni guna web portal secara online. Jam ni jugak ada fungsi sms, perakam suara & panic button. Tapi kalau anak kita hilang kat dlm shopping complex macam mana pulak? kat dlm tu mana boleh dapat signal satelit. Bagi teman, jam ni hanya sesuai utk aktiviti luar spt panjat bukit, gunung atau memancing. Senang org nak cari kalau tersesat. Harga dia US179.99 kalau kali 3.5 jadi RM629.96  Kalau nak beli pergi kat SINI

Gambar kat atas pulak ialah sarung tangan GPS yg digunakan oleh peluncur ski. Ia boleh merekodkan kelajuan, ketinggian, jarak dan lain-lain. Ia ada skrin kecil macam kat gambar atas. Peluncur boleh download semua data-data yg direkodkan ke Pc menggunakan usb bagi tujuan kajian & menggunakan bateri lithium-ion. Tapi takde le gambar peta navigasi. Kalau nak guna kat basikal mountain bike pun ok jugak. Tapi  yg penting sekali jangan letak kat dapur, nanti opah kita guna buat angkat kuali panas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...