Dalam ulasan akhbar The Nation Daily pada jumaat lepas mengatakan Exora mempunyai kawalan panduan yg selesa serta imbangan yg baik didalam kelasnya digabungkan pula dgn kemasan dalaman yg cantik & sangat berbaloi jika dibandingkan dgn Avanza yg sempit sedikit serta Honda Freed yg mahal harganya.
November 28, 2009
Exora dipasarkan di Thailand minggu hadapan
"Kami menjemput lebih satu dozen wartawan kami utk memandu uji Exora di Malaysia. Exora mendapat ulasan yg hebat drp mereka", kata pengarah urusan Phranakorn Auto Sales, Encik Apichart Wangsatorntanakhun. Apichart berkata lagi, "harga Exora sepadan dgn harganya kerana disertakan corak hiasan kabin yg cantik & berbagai lagi aksesori spt kerusi kulit serta pemain DVD. Ia hampir sama dgn kereta buatan Jepun & itu adalah rahsia kejayaan pembuatan kereta Jepun tetapi kereta mereka terlampau mahal spt Honda Freed yg berharga 894,000 Baht hingga 1,074,500 Baht (RM1 = 10 Baht) Harga Exora adalah 699,000 Baht hingga 799,000 Baht".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment