Pages

July 15, 2009

Hari ini 16/07/2009 jam 5.28pm = menetapkan kiblat

Fenomena Istiwa : Matahari di atas Kaabah

Fenomena Istiwa merupakan satu fenomena dimana matahari berada tegak di atas Kaabah. Setiap tahun, hanya 2 kali je fenomena ni berlaku. Yang pertama, bulan Mei lalu. Yang kedua ni, insyaallah esok 16 Julai.
Apa sebenarnya
fungsi fenomena ni? Fungsi sebenar adalah untuk kita menyemak arah kiblat. Ini kerana, matahari akan berada betul2 di atas Kaabah dan peluang ini kita gunakan untuk merujuk kembali arah kiblat. Cara untuk kita menyemak kembali arah kiblat kita
1) Pergi ke kawasan yang terjatuhnya pancaran matahari. Pastikan ada bayang tau.
2) Pacakkan kayu ke, pensil ke, tiang bendera ke, ke atas permukaan yang rata.
3) Pastikan objek yg dipacakkan tadi, lurus 90 darjah.
4) Pastikan terdapat bayang2 yg jatuh di atas permukaan rata tadi.
5) Tunggu sehingga waktu yang telah ditetapkan.
6) Bila cecah je waktu tu, perhatikan bayang2 objek tu tadi.
7) Unjurkan garisan bayang2 tersebut ke arah matahari.
8) Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, insyAllah.
9) Ukur darjah kiblat tersebut dengan kompas untuk dijadikan rujukan.

Jadi, peruntukan masa sedikit untuk kita menyemak kembali arah kiblat kita.

Tarikh : 16 Julai 2009
Masa : 5.28 petang

Terima kasih kpd MuhD NoR AzyM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...