Pages

May 8, 2010

Pemilik Proton Exora bunuh diri


Sedih betul di hati ini. Orang melayu beragama islam dah banyak yang bunuh diri. Berita yang disiarkan di Kosmo pada hari ini memaparkan seorang guru yang juga pemilik Proton Exora membunuh diri. Guru yang sepatutnya menjadi contoh yang baik telah memberikan contoh yang buruk kepada anak muridnya. Berikut adalah berita yang dipetik dari akhbar Kosmo.

Ajal dalam laut

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

KUALA PERLIS - Seorang guru yang didakwa merajuk selepas kecewa kerana ditukarkan ke sekolah baru ditemui mati lemas apabila terjatuh ke dalam laut di Kuala Sungai Baru di sini semalam.
Sebelum kejadian, Zuki dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Noriza Kassim, 37, yang memberitahu dia mahu terjun ke laut pada pukul 9 pagi.
Zuki ditukarkan ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi sejak dua bulan lalu selepas dinaikkan pangkat menjadi guru kanan mata pelajaran Kemanusiaan.
Sebelum itu, dia mengajar mata pelajaran sama di SMK Padang Siding manakala Noriza pula guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah di sini.
Difahamkan, mangsa merajuk dan tidak puas hati ditukarkan kerana dia terlalu sayangkan anak muridnya di sekolah lama.
Menurut Noriza, dia pergi ke pantai sebaik menerima SMS itu sebelum mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandu suaminya ditinggalkan di tepi pantai bersama telefon bimbit.

2 comments:

Anonymous said...

maklumat anda tak tepat.. dia dah lebih 3 tahun sakit jiwa dan menerima rawatan psikitrik di Hospital kangar.Doktor pun sahkan dia ada masalah kejiwaan. sebelum fitnah orang bunuh diri tu fikir dulu. berdosa tu tuan. Dia tertekan sebab konspirasi pengetua dan PK yang tak bertanggungjawab kerana tak mahu membela nasib guru yg ada masalah sepatutnya dia jangan ditukar sebaiknya di rehatkan agar dia bertenang. ini pentadbir SMK SYed sirajuddin ambil sikap lepas tangan iaitu asal ada sikit masalah tukar je guru tanpa ada niat membantu.
Dia di pindah konon naik pangkat tapi sebenarnya konsprasi Pentadbir dan kroninya utk naikkan geng geng pembodek di sekolah tu sebagai guru tingkatan 6. kalau Ini tidak pindah dia ke padang siding sebagai guru kanan so banyak lagi la beban dia...kesian dia..HARAP ADA PIHAK SUDI BANTU AMBIL TINDAKAN PADA JPN PERLIS YANG DAYUS SERTA PENTADBIR SEKOLAH SYED SIRAJUDDIN YANG BODOH DAN SIKAP LEPAS TANGAN TU

Unknown said...

terima kasih kerana mceritakan perkara sebenar. Maaf dipinta drp saya kpd waris si mati. kesilapan saya krn percaya bulat-bulat akhbar ini. Masalah tsbt bukan berlaku di sekolah tu aje, di tempat lain spt kilang, bank, hospital pun ada pembodek & kroni ni. Jika benar apa yg diceritakan, semoga pihak YANG BODOH DAN BSIKAP LEPAS TANGAN TU diambil tindakan. Harap maaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...