Pages

May 13, 2010

Judi haram dah jadi halal !!!

Kisah yang saya nak ceritakan ini bukan kisah politik tapi berkaitan agama Islam. Tidak kira samada anda penyokong UMNO, PAS, PKR, saya pasti jika anda beragama Islam,anda juga akan hairan bagaimana judi yang sememangnya haram dalam Islam boleh dihalalkan? Itulah yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Bukan sahaja orang Islam yang bantah, orang Cina, India & bangsa-bangsa lain yang sedar akan keburukan judi ini turut membantah.

Keputusan Menteri Kewangan yang meluluskan lesen perjudian bolasepak Piala Dunia 2010 amat mengecewakan. Apa yang lebih teruk sekali ialah alasan yang diberikan untuk meluluskan lesen ini ialah kerana untuk menghapuskan judi haram yang mana ia tidak memberi hasil kepada kerajaan maka judi halal patut diberikan kepada rakyat Malaysia. Saya menjadi lebih sedih apabila mengetahui Menteri Kewangan itu ialah Perdana Menteri Najib Razak, seorang muslim yang memerintah di negara yang mana Islam adalah agama rasminya. Memalukan Islam di Malaysia & di dunia.

 Penyakit sosial yang telah terlampau banyak seperti zina & kemudian membuang anak, akan ditambah lagi apabila orang yang berjudi ini akan kalah judi. Jika ia berkaitan bolasepak & sudah tentu remaja-remaja yang minat bolasepak akan turut terjebak. Bila nak berjudi pergi mencuri & bila kalah judi, pergi bunuh diri. Huru hara negara ini disebabkan menteri. Lepas ini tahulah aku siapa yang aku nak undi. Sebab, jika salah undi nanti jawablah di akhirat kenapa kamu mengundi orang ini yang halalkan judi.

2 comments:

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Anonymous said...

sape yg stuju wlpn tdetik dlm hati akn mdpt saham neraka di akhirat. bodoh punya najib razak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...