Pages

June 4, 2009

Tak semuanya kereta import tu bagus

Tinggalkan Range Rover tanda protes

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda ditinggalkan pemiliknya di Colchester, Essex baru-baru ini.


LONDON - Seorang pemilik kenderaan pacuan empat roda jenis Range Rover Sport HSE bertindak meninggalkan kenderaan tersebut di luar premis pengedarnya kerana terlalu marah setelah ia kerap rosak, lapor sebuah akhbar semalam.

Malah, pemilik berkenaan turut menghiasi badan kenderaan berharga £50,000 (RM289,185) dengan tulisan berhubung semua kerosakan yang dialami selepas membelinya tahun lalu.

Pihak pengedar kenderaan mewah tersebut di Colchester, Essex, tidak memiliki bidang kuasa untuk menunda Range Rover dipenuhi 'iklan negatif' itu kerana ia diletakkan di tempat awam.

"Jika anda mahukan pemanduan tanpa masalah jangan beli kenderaan ini. Pendingin udara, tempat duduk depan dan belakang, unit penyerap hentakan dan enam sendi bebola hadapan, semuanya bermasalah ," kata pemilik kenderaan yang tidak dedahkan identitinya itu.

Bagaimanapun, seorang wakil pembuat kenderaan berkenaan, Mark Foster memberitahu, syarikatnya komited dan memiliki polisi program jaminan yang menyeluruh.

"Semua pembaikan ke atas kenderaan yang sudah melepasi perbatuan 64,000 kilometer itu sudah dilakukan seperti tertera dalam jaminan.

"Kami kesal kerana kenderaan tersebut masih mengalami masalah dan bersedia untuk menggantikannya dengan sebuah Range Rover baru," katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment