Pages

March 1, 2014

Rayuan BR1M. Download borang rayuan BR1M

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang
ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata mereka boleh berbuat
demikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di
www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran.
Klik sini untuk dapatkan borang rayuan.
"Mereka yang ditolak permohonan boleh merayu dengan kaedah yang
ditetapkan, contohnya tahun lepas seorang bapa kita tolak permohonannya untuk
mendapatkan BR1M kerana rekod kita mendapati beliau baru sahaja membeli sebuah
kereta Proton Perdana model baharu.
"Namun beliau kemudian membuat rayuan dan memaklumkan kereta itu milik
anaknya dan kita telah meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan
tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Seri Perdana,
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh di sini hari ini.
Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha menambah baik pemberian BR1M untuk
mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa
kini, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.
Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan hari ini, kerajaan memperuntukkan RM4.6
bilion yang memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima dan antara penambahbaikan
yang dilakukan ialah memperluas pemberian kepada isi rumah berpendapatan bulanan
antara RM3,000 dan RM4,000.
Selain itu kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat
1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai
perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya
berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.-bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...