Menjelang pelancaran model terbaru Honda City di negara ini yang bakal diadakan pada pertengahan bulan ini, penulis bersama beberapa media tempatan dijemput khas oleh Honda Malaysia untuk memandu uji model dalam segmen B itu di Phuket, Thailand, baru-baru ini.
Secara jujur, penulis sebenarnya tidak sabar-sabar untuk memandu kereta yang kali pertama diperkenalkan secara global di India pada November 2013, disusuli Thailand, Januari lalu.
Imejnya tampak segar bagi mengikut kehendak masyarakat yang mahukan kenderaan menerapkan wajah lebih anggun dan bergaya.
Honda City ini juga menjadi model pertama keluaran Honda Malaysia menerapkan konsep rekaan H. Rekaan itu secara langsung menggunakan falsafah ‘Human Centre’ yang memberi fokus kepada pemandu dan penumpang.
Bagi model terbaru ini, perumah lampu depan kelihatan tajam dengan kehadiran jeriji platinum yang menarik perhatian.
Bahagian bampar bawah yang menjadi perumah lampu kabus seolah-olah membuatkan ia tampak garang serta maskulin.
Lampu belakang turut direka dengan bentuk tajam berbanding sebelum ini tampak sedikit berpetak. Bagi sesi pandu uji ini, spesifikasi lengkap berhubungnya tidak didedahkan, tetapi difahamkan bentuknya sedikit lebar dan panjang berbanding varian terdahulu.
Faktor itu sangat mempengaruhi dalam memberi keluasan dalam ruang kabin Honda City generasi keempat ini. Sebaik memasuki ruang kabin, terutama bahagian belakang, ia membuat penulis rasa selesa.
Biarpun pemandu dan penumpang depan dengan ketinggian melebihi 1.8 meter ketika dalam perjalanan ke Khao Lak, Thailand, ruang belakang masih luas sehingga kaki penulis boleh diluruskan.
Tempat duduk belakang turut dilengkapi corong penyaman udara, sekali gus sesuai dengan cuaca panas di negara ini untuk memberi keselesaan optimum.
Bagi pasaran Malaysia, jentera ini akan didatangkan dengan ruang kabin berwarna hitam yang sesuai bagi mereka yang berkeluarga.
Melihat papan pemuka terbarunya sangat mengagumkan, lebih-lebih lagi varian spesifikasi penuh didatangkan dengan sistem audio skrin sesentuh bersaiz tujuh inci.
Malah, butang penyaman udaranya tampak futuristik yang turut menerima konsep sesentuh, tidak seperti varian konvensional terdahulu.
Panel meter kelajuan pula diceriakan dengan latar warna biru serta dilengkapi lampu Mod Eco yang menunjukkan cara pemanduan seseorang, sama ada menggunakan bahan api pada tahap minimum atau sebaliknya.
Model pandu uji itu turut dilengkapi butang penghidup yang terletak di bahagian kiri tangan pemandu.
Ruang but belakangnya pula dikatakan paling luas dalam segmen B yang dipasarkan di Malaysia iaitu dengan kapasiti 536 liter.
Sementara itu, model pandu uji itu dipadankan dengan enjin 1.5 Liter i-VTEC yang seakan-akan sama dengan model terdahulu, tetapi ditambah baik untuk meningkatkan prestasinya.
Enjin empat silinder dengan 16 injap ini mampu menyalurkan kuasa maksimum 120 PS dengan tork mencecah 145 Nm pada 4,600 rpm.
Lebih membanggakan, ia didatangkan dengan transmisi CVT bersama tujuh kelajuan daripada teknologi ‘Earth Dreams’.
Ia sekali gus menggantikan kotak gear konvensional lima kelajuan yang digunakan pada model Honda City generasi terdahulu.
Ternyata kombinasi transmisi CVT itu memberi keselesaan bagi pemanduan urban, selain menawarkan tahap penggunaan bahan api yang minimum.
Padanan transmisi itu juga mampu mengurangkan deruman enjin yang memasuki ruang kabin, selain memberi ketenangan sepanjang pemanduan.
Dalam sesi pandu uji sejauh lebih 70 kilometer itu, ia cukup untuk memberi gambaran jelas bahawa model serba baru ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan sendiri.
Bagi pasaran Malaysia, ia didatangkan dengan empat varian membabitkan S, S+, E dan V. Selain menampilkan imej terbaru, ia ditawarkan dengan ciri keselamatan mengagumkan apabila dilengkapi enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan kerusi belakang ISOFIX. Bagaimanapun, bagi pasaran Malaysia, hanya lima warna ditawarkan iaitu putih, hitam, perak, kelabu dan biru.-hmetro
SPESIFIKASI HONDA CITY:
ENJIN: 1.5 Liter, i-VTEC, empat silinder dengan 16 injap
KUASA MAKSIMUM: 120 PS pada 6,600 rpm
TORK MAKSIMUM: 145 Nm pada 4,600 rpm
TRANSMISI: CVT dengan tujuh kelajuan
TANGKI PETROL: 40 liter
SISTEM BEKALAN BAHAN API: Pancitan Bahan Api Elektronik
CIRI KESELAMATAN: Enam beg udara ,VSA dan kerusi belakang ISOFIX

No comments:
Post a Comment