Pages

December 28, 2012

Toyota bayar ganti rugi RM3.06b

    Toyota menghadapi  tuntutan penyelesaian terbesar  dalam sejarah AS membabitkan kerosakan kenderaan. - Foto hiasanLos Angeles: Toyota Motor Corp berkata, mereka sudah menyelesaikan tuntutan kes membabitkan masalah pecutan tanpa disedari pada kenderaan keluarannya dengan membayar ganti rugi lebih AS$1 bilion (RM3.06 bilion). 

Syarikat itu berkata, ia akan menyelesaikan ratusan tuntutan undang-undang daripada pemilik kenderaan Toyota yang mengatakan nilai kereta dan trak mereka susut mendadak selepas syarikat itu memanggil semula kenderaan Toyota berpunca daripada dakwaan masalah pecutan tidak disengajakan. 
Steve Berman, peguam yang mewakili pemilik kenderaan Toyota dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian itu adalah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat membabitkan kerosakan kenderaan. 


“Kami terus berjuang dan kami memperoleh sesuatu yang difikirkan jalan penyelesaian terbaik,” katanya kepada The Associated Press. 

Cadangan perjanjian 

Cadangan perjanjian itu difailkan Rabu lalu dan perlu mendapat kelulusan daripada Hakim Daerah AS, James Selna, individu yang dijangka mengkaji jalan penyelesaian pada Jumaat. 

Toyota berkata, ia akan menggunakan AS$1.1 bilion (RM3.37 bilion) daripada pendapatan sebelum cukai untuk menampung jangkaan kos penyelesaian itu. Berman berkata, keseluruhan nilai perjanjian itu antara AS$1.2 bilion (RM3.68 bilion) dan AS$1.4 bilion (RM4.29 bilion). 

Ratusan tuntutan undang-undang difailkan ke atas Toyota sejak 2009 apabila syarikat automotif Jepun itu mula menerima menerima banyak aduan berkaitan pecutan yang menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian. 

Kes yang disatukan di Mahkamah Daerah AS di Santa Ana dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerugian ekonomi dan kesalahan menyebabkan kematian. 

Tuntutan membabitkan kecederaan dan kematian ekoran pecutan secara tiba-tiba tidak termasuk dalam penyelesaian itu dan percubaan pertama berkaitan tuntutan itu dijadualkan pada Februari. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...