Proton yang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari China iaitu Youngman dikhabarkan akan memperkenalkan sebuah SUV baru pada Pameran Auto Shanghai pada April 2011 nanti. Sebelum ini Youngman telah memasarkan Gen2 di China dengan menggunakan jenama Europestar & diberi nama EUROPESTAR RCR (JINGSU) GHK 7160/ GHK 716.
SUV yang anda lihat ini juga dikhabarkan akan menggunakan jenama Europestar tetapi tidak pasti samada ia adalah rebadge seperti Gen2 atau tidak. Sumber mengatakan SUV ini menggunakan platform Lotus L5.
Kita tunggu bulan April nanti untuk melihat ia dilancarkan di Pameran Auto Shanghai 2011.
No comments:
Post a Comment