Pages

February 13, 2011

Cara update peta untuk Papago

Ramai yang menghantar emel kepada saya bertanyakan cara untuk mengemaskini peta pada Papago & Garmin untuk mereka yang telah upgrade Lokatoo ke Papago & Garmin. Bagaimanapun pada kali ini saya hanya mengajar cara untuk mengemaskini peta papago sahaja kerana bagi saya papago lebih mesra pengguna & tidak ada masalah laggy/hanging seperti garmin.
Berikut adalah cara-caranya ;

(A) Klik SINI untuk memilih peta samada untuk Garmin atau Papago. ( blog exorian akan selalu memberitahu kepada anda jika terdapat peta terkini yang dikeluarkan oleh MFM, rajin-rajinlah melawat blog exorian ini )

1. Sambungkan gps set anda ke laptop/pc menggunakan kabel usb.
    ( anda juga boleh menggunakan card reader )

2. Buka file peta yang telah anda download tadi & 1 gambar seperti di bawah terpapar di skrin anda.


3. kemudian klik ok > next > I accept the aggrement > next > browse > 1 file keluar di skrin seperti gambar di bawah. Double click pada removable disk yang ke 2.



4. Selepas double click, cari folder papago seperti gambar di bawah & double click pada folder papago.


5. selepas itu klik folder maps seperti gambar di bawah

6. seterusnya klik ok > next > pilih M3GPS papago > next > install. 
( saya cadangkan anda delete file map yang lama untuk menjimatkan ruang memori kad & pastikan anda simpan sekurang-kurangnya 2 file map sahaja iaitu file yang anda install sekarang & file sebelum install )

7. setelah install selesai > klik finish & cabut kabel usb 

8. sentuh papago di skrin gps set > advance settings > sentuh arrow ke bawah & cari Map switch  

9. sentuh map switch & cari peta yang bertarikh terkini kemudian sentuh. Ia akan mengambil sedikit masa & apabila anda dapat melihat "please set destination" terpapar, Tahniah! anda telah berjaya mengemaskini peta papago anda.

10.  Semoga anda selamat pergi & selamat pulang.

17 comments:

  1. Terima kasih yop.

    ReplyDelete
  2. tak faham la nak cari map papago dan yang nak di download tu?

    ReplyDelete
  3. boleh terangkan dengan lebih detail cara update maps papago tu??

    ReplyDelete
  4. TEBAI BIN JAWI6/1/12 9:06 PM

    susah susah susah!!!!!!

    ReplyDelete
  5. kuan b amin6/1/12 9:07 PM

    SENANG JER!

    ReplyDelete
  6. kacang jerrr

    ReplyDelete
  7. hmmm...pening kepala!!!

    ReplyDelete
  8. mula-mula pegi ke step (A)tapi pastikan anda daftar dulu di web MFM tu, pastu klik papago (MFM Papago map download) pastu cari 'Free MFM-papago map' atau 'Free MFM-papago map X3/X5/X6' pastu download version A)custom pastu ikut step 1 hingga 9...tamat

    ReplyDelete
  9. kalau tak daftar tak boleh ke? mana tempat ruang untuk daftar?

    ReplyDelete
  10. daftar free je pastu dload le sesuka hati. nak daftar klik register kat atas sblah kiri

    ReplyDelete
  11. wajib ke daftar? kalau x dftar x leh download maps tu ke?

    ReplyDelete
  12. sy dah download maps baru...masalahnya fail maps baru tu kurang satu dari fail lama..kenapa pulak camtu ye?

    ReplyDelete
  13. saya dah cuba xblh dowmload ,macam mana blh tlg ajar tak step untuk dowmload

    ReplyDelete
  14. Kedai ape yg boleh buat update software gps ni selain kita buat sendiri

    ReplyDelete
  15. Done with success...tq ya!

    ReplyDelete