Pages

June 23, 2010

Proton semakin berani

Semua orang sudah tahu berita tentang Proton yang sedang melaksanakan pelan transformasi 5 tahun Lotus bertujuan untuk menjadikan kereta Lotus setanding dengan Ferrari & Porsche. Saya tak tahu berapa banyak wang yang dilaburkan untuk projek itu tapi kalau kita lihat pada nama-nama terkenal yang dilantik oleh Proton untuk projek itu, saya pasti ia bernilai ratusan juta ringgit. 


Di bawah pengurusan baru yang diketuai bekas pegawai kanan Ferrari iaitu Dany Bahar sebagai Ketua Eksekutif Lotus Group dan Pengarah Urusan Lotus Cars, seramai 11 muka baru lain yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam dunia pengeluar kereta sport mewah seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin dan Fiat Groupturut disenaraikan. 

Ia antaranya termasuk Paul Newsome, bekas jurutera Jaguar, BMW dan MG Rover yang kini bertanggungjawab merangka pelan kejuruteraan produk Lotus; Donato Coco, bekas pegawai kanan Ferrari yang terbabit dalam rekaan 430 Scuderia dan F548 Italia yang bertanggungjawab dalam pelan rekaan produk baru Lotus dan Andreas Schlegel, bekas pegawai bertanggungjawab merangka strategi pemasaran Daimler-Benz, Prosche AG yang mengetuai bahagian pembangunan jenama dan pemasaran kereta Lotus. 

Perbezaan kereta sport biasa dan kereta sport mewah kebiasaannya merujuk kepada kapasiti enjin serta harga yang ditawarkan. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dibawah pelan transformasi itu, pihaknya mahu menjadikan Lotus sebagai kereta terbaik dalam setiap segmen pasaran kereta mewah yang diceburinya dengan memiliki jenama yang tiada tandingan selain dibantu perkhidmatan terunggul dalam servis jualan dan selepas jualan serta keberkesanan dan produk berkualiti tinggi. 

Saya berharap projek ini berjalan lancar & tidak tergendala di tengah jalan. Jika tergendala ia merupakan satu pembaziran & lebih baik digunakan untuk memperkenalkan Proton di seluruh dunia. Bagaimanapun projek untuk memperkenalkan Proton sedang berjalan sekarang apabila Proton memperkenalkan Proton EMAS baru-baru ini. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...