Pages

June 20, 2010

Cara mudah menetapkan arah kiblat menggunakan Google Earth

Mungkin ramai yang sudah tahu cara ini tapi mungkin ramai juga yang belum tahu menggunakan cara mudah ini. Pada pengalaman saya, cara ini boleh dikatakan sangat tepat. Sebagai contoh, saya pernah mengukur ketepatan Masjid Negara...InsyaAllah ianya sangat tepat. Berikut adalah cara bagaimana saya menggunakan Google Earth untuk menetapkan arah kiblat Masjid Negara.

1.  Download Google Earth di SINI

2.  Selepas download, sila buka Google Earth.

3.  Taip 'Masjid Negara' di ruangan 'fly to' seperti gambar di atas & anda akan dapat melihat Masjid Negara seperti gambar di bawah.
4.  Tandakan di tengah masjid dengan cara 'add placemark' seperti gambar di atas.

5.  Taip 'al kaaba,mecca' di ruangan fly to. Anda akan dapat melihat bumbung kaabah.


6.  Klik 'show ruler' & anda akan lihat kotak ruler seperti gambar di atas. Kemudian klik 'path'

7.  Klik di tengah-tengah bumbung kaabah. Anda akan dapat melihat satu titik berwarna merah.


8.  Klik masjid negara seperti gambar di atas. Anda akan diterbangkan ke masjid negara.

9.  Pergi ke langkah 6 & klik di tengah-tengah Masjid Negara.

10. Anda akan dapat melihat satu garis lurus. Garis ini wujud hasil percantuman dua titik iaitu titik di atas kaabah & titik di atas Masjid Negara. Garis itulah arah kiblat kita. Kita boleh mencuba cara ini untuk menetapkan arah kiblat rumah kita. Selamat mencuba & semoga berjaya.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, saya dah dapat memperbetulkankan arah kiblat rumah saya, tapi taklah lari sangat. Terima kasih banyak2.

Unknown said...

sama-sama, tolong sampaikan kpd yg tak tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...