Baru-baru ini saya bercuti di Langkawi bersama-sama keluarga. Antara lokasi yang menarik untuk dilawati adalah Tasik Dayang Bunting. Tasik ini sebenarnya bukanlah terletak di atas Pulau Langkawi tetapi ia terletak di atas Pulau Dayang Bunting & jarak pulau ini dengan Pulau Langkawi adalah lebih kurang 30 hingga 45 minit menaiki bot dengan bayaran RM120 - RM200 untuk sebuah bot. Apabila kita sampai di Pulau Dayang Bunting, kita perlu berjalan kaki menaiki & menuruni bukit lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting.
Anda dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang makanan kerana kera-kera kelaparan di pulau ini akan menyerang anda tanpa rasa takut. Sepanjang perjalanan berjalan kaki ke Tasik Dayang Bunting, kita akan terserempak dengan berpuluh ekor kera kelaparan yang menunggu peluang untuk menyerang kita. Gambar di atas adalah situasi yang berjaya saya rakam semasa kera itu cuba merampas makanan. Klik SINI untuk melihat video situasi tersebut.
No comments:
Post a Comment