Fenomena Istiwa merupakan satu fenomena dimana matahari berada tegak di atas Kaabah. Setiap tahun, hanya 2 kali fenomena ini berlaku. Yang pertama, pada hari ini 28 Mei 2010 jam 5.16 petang & yang kedua pada 16 Julai 2010 jam 5.28 petang.
Apa sebenarnya fungsi fenomena ini? Fungsi sebenar adalah untuk kita menyemak arah kiblat. Ini kerana, matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah dan peluang ini kita gunakan untuk merujuk kembali arah kiblat. Berikut adalah cara untuk kita menyemak kembali arah kiblat kita:
1) Pergi ke kawasan yang terjatuhnya pancaran matahari. Pastikan ada bayang di situ.
2) Pacakkan kayu ke, pensil ke, tiang bendera ke, ke atas permukaan yang rata.
3) Pastikan objek yg dipacakkan tadi, lurus 90 darjah.
4) Pastikan terdapat bayang-bayang yang jatuh di atas permukaan rata tadi.
5) Tunggu sehingga waktu yang telah ditetapkan.
6) Bila cecah waktu, perhatikan bayang objek itu tadi.
7) Unjurkan garisan bayang2-bayang tersebut ke arah matahari.
8) Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, insyaAllah.
9) Ukur darjah kiblat tersebut dengan kompas untuk dijadikan rujukan.
Jadi, peruntukan masa sedikit untuk kita menyemak kembali arah kiblat kita.
Tarikh : 28 Mei 2010
Masa : 5.16 petang
No comments:
Post a Comment