

Cuba lihat kabin di bahagian belakang, sangat luas & kerusi di bahagian tengah boleh dilipat seperti Exora yang menjadikan ruang lantai yang rata seperti Exora. Pintu penumpang belakang jenis sliding door & boleh bergerak secara automatik. Lampu depan meggunakan jenis xenon yang diharamkan di Malaysia tapi apa yang menariknya, di hadapan mpv ini diletakkan sensor yang bertujuan memalapkan lampu jika terdapat kereta di hadapan. Jika anda cuba parkir di tempat yang sempit & anda risau tidak boleh keluar dari kereta, apa yang perlu dibuat adalah dengan cara menekan punat & mpv ini akan bergerak sendiri. Tidak perlu risau jika mengundur kerana mpv ini dilengkapi kamera pandang belakang. Terdapat 7 beg udara untuk keselamatan penumpang & bermacam-macam lagi sistem yang canggih yang tidak terdapat pada Exora kita.
No comments:
Post a Comment