Bagi kita yang ada handphone, 16GB adalah kad memori yang paling besar pernah kita dilihat di kedai-kedai handphone. Sekarang tidak lagi. Bermacam-macam gambar, muzik & video yang boleh kita simpan apabila adanya kad memori sebesar 32GB. Menurut Sandisk iaitu pengeluar kad ini, ruang yang ada pada kad itu membolehkan kita mendengar lagu sambil menaiki kapalterbang dari San Francisco & New York sebanyak 35 kali semasa pergi & balik. Jika anda berminat maka bolehlah anda membazirkan wang anda sebanyak RM696.50 untuk membeli kad memori yang belum tentu berbaloi.
No comments:
Post a Comment