Lotus F1 akan memperkenalkan syarikat perkhidmatan telefon selular iaitu Maxis sebagai penaja baru pasukan itu pada minggu ini. Walaupun logo Maxis tiada dipaparkan pada kereta Lotus F1 yang berlumba di Australia minggu lepas, logo itu dipercayai akan digunakan apabila perlumbaan di Malaysia diadakan minggu ini. Menurut laman web ESPNf1, perjanjian itu akan dihebahkan kepada orang ramai sebelum perlumbaan F1 berlangsung nanti.
No comments:
Post a Comment