Pages

September 7, 2009

Porsche pun boleh rosak

Mcm mcm org komen pasal Exora, hari pertama aku bawak Exora ada sorang mamat tanya, "dengar cerita kereta ni banyak problem, betui ke?" jawapan aku, " entahle, saya baru bawak hari ni". Esok genap 7 hari aku memandu Exora, takde problem apa pun. Nak kata kereta impot spt kereta Jepun & Mat Salih tu baik, tak juga. Aku dah banyak siarkan pasal kekurengan kereta deme tu kat blog ni. Ini aku nak siarkan cerita pasal kereta Porsche yg kononnya bagus tu. Berita ini dipetik drp akhbar Kosmo.
LOS ANGELES - Anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham (gambar bawah) mempunyai sebab mengapa dia berwajah masam baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. Wajahnya masam kerana pada Jumaat lalu kereta mewah Porsche yang dipandunya rosak di Culver City di sini. Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa minit selepas kereta itu rosak, sebuah trak tiba untuk menunda kereta itu ke bengkel. Kerosakan Porsche tersebut tidak menjejaskan pergerakan Victoria kerana isteri pemain bola sepak terkenal, David Beckham itu mempunyai beberapa buah kereta mewah lain. - Agensi

No comments:

Post a Comment