Berita ini dipetik drp Harian Metro & sengaja saya paparkan di sini kerana ramai sangat umat yg suka modify ni terutamanya pendawaian audio video. Inilah jadinya kalau nak hebat tetapi pergi ke tempat yg tak bertauliah. Bukan saja bahaya tapi waranti pun boleh dianggap terbatal dgn sendirinya. Nasib baik nyawa tak melayang & lepas tu pulak menyusahkan org lain terutamanya pemilik kereta lain.
KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu taksub mengubah suai kenderaan, seorang anggota tentera berputih mata apabila keretanya musnah terbakar malam kelmarin.Dipercayai, kejadian itu akibat masalah litar pintas yang berpunca daripada penyambungan kabel sistem audio visual kereta terbabit yang tidak teratur.Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Zamrus Zainal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.12 malam dan tiba di lokasi seminit kemudian.“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati sebuah kenderaan Proton Iswara milik seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang diletakkan di tempat letak kereta di Apartmen Cendana, Jalan Permaisuri 3, Bandar Seri Permaisuri di sini, hampir rentung.“Difahamkan, mangsa baru tiba dari Perak dan meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta untuk ke rumah kakaknya di kawasan itu,” katanya.Menurutnya, selain Proton Iswara terbabit, turut terbakar dua kenderaan lain yang diletakkan berhampiran.
“Api kenderaan mangsa turut menyambar dan merosakkan tepi sebuah van dan kereta yang diletakkan di kiri dan kanan kenderaannya. Kejadian itu disedari seorang jiran yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat asap dari kawasan letak kereta berkenaan,” katanya.
Siasatan awal mendapati kebakaran bukan pada enjin kereta, tetapi berpunca dari bahagian dalam kenderaan itu.
“Kami dapati terdapat banyak penyambungan dibuat seperti pemasangan amplifier dan sistem audio visual dengan keadaan wayar berserabut dan tidak diuruskan dalam keadaan baik.“Daripada siasatan awal, kami percaya kebakaran itu berpunca daripada litar pintas kerana penyambungan terus ke bateri. Turut hangus alat pembesar suara yang ditemui di dalam but. Siasatan lanjut akan dilakukan untuk memastikan punca sebenar kebakaran,” katanya.

3 comments:
apa la mamat askar tu..beli la kereta full spec punya..x yah membazir duit..last2 keter meletup..hahahaha
my exora x yah pasang eksesori pon..standart jer dah nampak gempak
betui tu imam, betul betul betul
Dunia Modifikasi adalah satu hobi yang hanya di fahami oleh kaki kaki Modofikasi,jadi tak perlu untuk menyalah kan pemilik kereta tersebut
Post a Comment