Pages

July 12, 2009

Tips menjimatkan petrol

*Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.
*Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol anda.
*Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
*Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.
www.familiazam.com
*Perhatikan tekanan angin tayar anda. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan minyak kerana geseran berlebihan.
*Penyelenggaraan. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Rajinlah periksa secara berkala tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara.
*Kelajuan - Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak yang digunakan malahan dapat mengelak dari kena saman. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan petrol.
am.com
*Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.
*Penggunaan Gear - Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm enjin akan meningkat. Gunakan mod ekonomi jika kereta anda memilikinya.
*Brek - Jika anda sudah tahu dimana hendak berhenti, perlahankan kereta anda secara beransur-ansur. Elakkan membrek secara mengejut.
*Perancangan - Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelak tekanan. Anda juga boleh mengatur perjalanan anda agar dapat memaksimakan tujuan dalam satu perjalanan. Contohnya balik dari kerja boleh singgah membeli barang, mengisi minyak dan sebagainya. jadi tak perlu keluar berulang kali.
*Minimum - Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Kalau sekadar ke kedai berhampiran eloklah hanya menaiki motor , basikal atau berjalan kaki sahaja.
*Tak perlu pasang aircond kalau cuaca dah sejuk, atau tutup aircond apabila dah nak sampai destenasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
w.familiazam.com
*Tak usah merempit, cilok sana sini, kalau boleh perlu bijak tekan pedal minyak dengan cara berhemah. Kalau nak jimat kenalah bawa secara sederhana saja tak perlu laju-laju. Yang penting slow & steady saja. Kalau nak racing pergilah masuk sepang circuit.
*Pastikan tingkap kereta tidak dibuka sepenuhnya semasa memandu. Ini akan menyebabkan angin terkumpul di dalam kereta & menjadi halangan utk kereta bergerak lancar. Jika tidak kereta anda akan bertambah perlahan menyebabkan anda terpaksa menekan lebih banyak pedal minyak untuk bergerak.
w.familiazam.com
*Kurangkan perjalan semasa waktu puncak kerana kesesakkan jalan raya juga menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa. Elok gunakan kereta bergear manual sebab kereta auto lebih banyak makan minyak
*Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak enjin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan enjin. Rujuklah kepada mekanik anda kerana mereka lebih arif tentang hal ini.
ww.familiazam.com
*Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.

No comments:

Post a Comment