Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir berkata, Malaysia mempunyai pasaran terbuka dan menawarkan persaingan yang sengit untuk semua pengeluar kenderaan sama ada tempatan atau antarabangsa. Ketika ditanya mengenai enjin turbo yang akan diperkenalkan dalam kenderaan Proton Exora, Syed Zainal Abidin memberitahu, ia akan dilakukan pada tahun depan. Beliau memberitahu, tidak dinafikan bahawa enjin turbo adalah sebahagian daripada pembangunan teknologi enjin Proton."Kami mengeluarkan enjin turbo untuk Proton Exora bagi pasaran khusus dan menyasarkan pasaran global. Ini bererti, kalau ada golongan yang memerlukan kenderaan yang berkuasa, turbo adalah penyelesaiannya," ujarnya. - Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment